Kadang bukan rezeki yang kecil… tapi cara kita berfikir yang masih sempit.
✍️ Kisahnya begini…
Ada dua orang wanita di kampung iaitu Mak Senah dan Mak Limah.
Dua-dua ada ayam yang bertelur setiap pagi.
Mak Senah setiap kali dapat telur, terus jual di pasar.
10 biji telur seminggu, RM0.50 sebiji maka dapatlah RM5.
Dia gembira, sebab dapat beli beras dan gula.
Tapi setiap minggu, hidupnya tetap sama.
Kerja keras, hasilnya cukup makan.
Dia fikir: “Janji ada duit minggu ni, dah cukup.”
Mak Limah pula lain cara fikirnya.
Dia jual separuh, simpan separuh.
Telur yang disimpan menetas jadi anak ayam.
Beberapa bulan kemudian, anak ayam itu pula bertelur.
Tahun berganti tahun dan Mak Limah tak lagi ada satu ayam, tapi sepuluh.
Dia mula jual bukan sekadar telur,
tapi ayam, anak ayam, dan baja najis ayam.
Mak Senah masih di tempat sama iaitu menjual telur yang sama setiap minggu.
💡 Bezanya bukan pada telur. Tapi pada fikiran.
Orang yang jual telur nampak untung hari ini.
Orang yang menetas telur nampak masa depan.
🌍 Di dunia hari ini pun sama:
🧋 Ada yang jual air boba dengan untung RM1 secawan.
Ada yang cipta jenama, buka franchise, dan jana ribuan macam Zuss, Tealive
📱 Ada yang buat video untuk views hari ni.
Ada yang bina komuniti, jual produk, dan hasilkan income pasif.
💼 Ada yang jual telefon tunai hari ni.
Ada yang bina sistem trade-in, servis & affiliate makan hasilnya berganda.
🔑 Pengajaran hari ini:
Jangan cepat sangat nak jual telur.
Kadang lebih berbaloi simpan dan biar ia menetas.
Dalam setiap telur kecil, ada ladang masa depan yang sedang menunggu.
🐣 Soalan untuk diri kita hari ni:
Adakah aku masih jual telur setiap minggu,
atau sedang menetaskan ayam yang akan ubah hidup aku nanti?
#PemikiranJualTelur #MindsetBisnes #AkumieShop #CeritaBisnes #MotivasiUsahawan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan